Lolipop
About Entry Twitter Facebook Blogskin Follow Dashboard
[oneshot] - PERFECT

(sorry, for the unattractive poster)




Character : Yuri (aku), Jinyoung
Setting :  School, young
Language : Malay
Artwork | Storyline : Safirah
Quotes : Nobody perfect but to me you are perfect.




http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=VPbk_DoVIVI
(nak tukar lagu sendiri pun boleh / kalau dah habis ulang lagi)




4 Jun

" Cikgu, please....." rayuku dengan bersungguh-sungguh.

" Tolong? Memanglah sekarang ni saya tolong awak untuk naikkan keputusan peperiksaan awak!" kata Cikgu Park, guru matematikku.

" Bukan, maksud saya. Tutor tu la....."

" Kenapa dengan dia? Diakan pandai? Sentiasa dapat A+ dalam Matematik."

" Tapi cikgu, saya tak ngamlah dengan dia. Tukar orang lain boleh? "

" Yuri, ngam tak ngam itu masalah awak. Yang saya tahu, awak mesti bermentorkan dia sampailah awak lulus peperiksaan. Selagi awak tak lulus. Selagi itu, awak akan belajar dengan dia. Ahresso [faham] ? "

" Tapi....."

" No more but, please. Starting from now your Mathmematics tutor is Jinyoung dan dia pun dah setuju. Full stop! Tidak ada bantahan. You got it? Then, you may leave. "

"Ye, kamsahamnida [terimakasih]...." aku menganggukkan kepala lalu beredar dari pejabat Cikgu Park.

Kemudian, aku mengeluh perlahan. Kenapa la aku selalu stuck dengan mamat sewel tu? Nasib, nasib.......














5 Jun

Kantin sekolah pada petang itu lenggang. Hanya terlihat beberapa orang sahaja yang sedang mengulangkaji pelajaran sambil menunggu ibu bapa masing-masing. Seperti yang dijanjikan, aku sampai 10 minit awal. Aku mencari tempat duduk yang sesuai untuk melabuhkan badan. Sementara menunggu Jinyoung datang, aku membeli sekotak air anggur kegemaranku. Ahh..... nikmatnya.

30 minit kemudian

Darah terasa hangat di seluruh badan. Aku mengerling ke arah jam tanganku. What?! 4.00 petang?! Mana mamat sewel nih? Dah 40 minit aku tunggu sebab datang awal. Kurang gula punya budak!

" Mana mamat nih. Berjanggut aku tunggu! Kalau tak jadi cakap je lah tak jadi. Ingat aku hingin sangat belajar dengan dia?! Ceh! " bebel aku sendiri.

Tiba-tiba, belakang badanku terasa perit seperti sesuatu benda berat menghempap. Sambil menggosok-gosok badanku yang perit, aku menoleh ke belakang. Memang sah la, bola yang terkena badan aku tu, dia punya.....




" YAH! Sakit kau tau tak! " jerit aku, marah.

Dalam keadaan tersengih-sengih dia menuju ke arahku. Banyak cantik! Eh, silap. Banyak handsome! Eh, kejap. Handsome ke? Argh, pedulikan. Yang penting aku memang menyirap tengok mamat ni!

" Sakit tak? " tanya Jinyoung.

" Takdalah, sedap sangat, rasa macam buah anggur! " sempat aku memerli Jinyoung.

Ada ke patut dia tanya soalan bodoh macam tu? Nampak sangat tak pernah kena hempuk dengan bola keranjang. Karang aku hempuk dia dengan bola ni kang, baru tahu langit tu tinggi ke rendah! 

" Oh, ye ke? Kalau macam tu, hari-hari aku buat kat kau. Mesti bestkan? " ketawa Jinyoung.

Aku menjeling tajam. Jinyoung kemudian mengambil tempat di hadapan aku. 

" Eh, kau nak pergi mana nih? "

" Aku nak pergi hutan. Nak ikut? "

" Nak! Aku join kau. Jom! " ketawa Jinyoung terburai lagi.

Panas dalam badan tidak tertanggung lagi. Tanpa mempedulikannya, aku menggalas beg dan terus berdiri.

" Gila. Aku nak baliklah! Buang karan je!"

" Tapi kelas tak mula pon? "

" Hello, Mr. Jinyoung. See, kita janji pukul berapa? 3.30 petang kan? Sila lah lihat jam tangan encik. Sekarang dah pukul 4.05. Tambah masa aku sampai awal 10 minit. Bayangkan berapa lama masa yang aku ambil untuk tunggu mentor aku ni? Kalau tak jadi, cakaplah awal-awal. Menyusahkan orang je! Aku ada banyak lagi kerja yang perlu dibuat dari menunggu kau ! " aku mengambil nafas seketika selepas membebel begitu panjang. Ambik kau!

" Dah habis, membebel? " dengan selamba dia merenung ke arahku.

"Yuri. Listen, tadi aku ada bola keranjang. Tetiba, jurulatih aku tu suruh berlatih lebih masa sebab tournament dah dekat. Jadi, takkan aku nak bangkang pulak. Kau tu bukannya penting bagi aku pon. Puas hati? " 

Ini sudah lebih! Aku tak penting? So what?

" Lain kali bagitau la dulu! Takdalah aku nak terkejar-kejar."

" Macam mana aku nak bagitau kau? Aku mana ade nombor telefon kau. Bak no kau!"

Eh, betul jugak. Macammana la aku lupa. Tapi patut ke aku bagi? Aku dah la tak bagi sesapa pon nombor telefon aku. Tapi, kalau aku tak bagi susah pulak. Problem la macam nih!

" Woi, yang kau tenung muka aku tu kenapa? Aku handsome sangat ke?" Jinyoung menegur perlakuanku.

Aku yang baru sedar dari mengelamun, cepat-cepat menafikannya." Huh, masuk bakul angkat sendiri. Aku mana ada tenung kau. Aku tengah fikir ni. Kau ni, interframe betul!".

Aiseh, macam mana aku tak perasan yang aku tertenung dia? Jatuh saham aku!

"Aku mintak nombor kau je. Jangan risau aku tak ganggu kau pun. Buat habis kredit aku je!" Jinyoung menambah.

" Yelah, aku tulis jap. Misscalled aku tau!" aku segera mencapai kertas dan pen lalu menulis nombor telefonku.

" Nah." segera kuhulurkan kertas putih tersebut.

"Okey, jadi boleh kita teruskan? Kalau tak aku bagitau Cikgu Park yang kau tak nak belajar."

Tanpa sepatah kata. Aku seperti robot yang menurut arahan. 

"By the way, aku nak tanya. Kenapa kau setuju nak tolong aku? Bukan kau tahu aku tak suka kau ke?" tanpa berselindung, aku bertanya niat sebenar Jinyoung.

Jinyoung seolah-olah terkedu dengan pertanyaanku, namun dia masih berlagak tenang.

" Aku....aku...suka hati akulah! Kau patut beruntung aku yang nak ajar kau!" nada Jinyoung gagap tapi pandai disembunyikan.

" Beruntung? It's like a disaster to me!"

" Dah buat kerja kau. Membebel je......"







23 September

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Penatnya sekolah hari ini! Nasib baik, Jinyoung batalkan perjumpaan hari ini. Dah la banyak latihan dia suruh buat. Boleh mati kering aku dibuatnya. Sejak Jinyoung jadi tutor aku selama 3 bulan, kira boleh la rapat dan aku pun sikit-sikit pandai. Ececeh, bangga la tu? Mestilah!

Pada masa yang sama, ada sesuatu perasaan yang singgah dalam hati aku ni tapi aku tak tahu apa. Aku suka tengok dia senyum dan aku rasa gembira. Tapi kalau aku tak jumpa dia, aku rasa macam kosong. Argh, apa aku fikir ni? Mungkin ni perasaan aku kot. Hmmm...ye perasaan je.

Kau suka Jinyoung eh? - bisik hatiku.

Mana ade! Aku memang benci dia, sejak sekolah rendah lagi! - bantah akal aku.

Eleh, tak nak mengaku, konon! - kata hatiku makin kuat.

Tak! Tak! aku tak suka! Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu. Macam-macam perkara dia buat. Dia tolak aku sampai habis baju aku berlumpur, jatuhkan bekal makanan dan air aku, tarik rambut aku. I hate that! - otakku ligak memikirkan kembali zaman kanak-kanakku dahulu.

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Jangan serabutkan kepala otak aku lagi. Makin serabut jadinya nanti. Tanpa aku sedari, hanya tinggal aku seorang di dalam bilik tingkatan. Aku memandang ke luar tingkap. Dah mendung! Aduh, aku dah la tak bawa payung. Kena cepat! Aku segera berlari keluar dari bilik .

Malangnya, hujan mulai turun. Aku mengeluh. Ni semua lupa nak tengok ramalan cuaca lah ni. Aku memandang ke kiri dan kanan. Mungkin masih ada pelajar yang tidak pulang lagi. Tapi, hampa. Semuanya sudah pulang. Beberapa minit kemudian, aku melihat kelibat seorang pelajar sedang memegang payung.

" Hello! Boleh saya tumpang payung?! " jerit aku dengan sekuat hati.

Pelajar itu mendekatkan dirinya. Apabila dia menarik payung itu, aku terkejut melihat pemilik payung tersebut.

" Yah, asal kau tak bawa payung? Tak tengok ramalan la tu."

" Manalah aku tau! Kalau aku tahu dah lama aku bawak la. Tak ada masa aku nak tercongok dekat sini. ". Aku mengeluarkan telefon bimbitku untuk melihat waktu sekarang.

" Eh, mana kau dapat keychain handphone tu?" tanya Jinyoung. Riak wajahnya seperti terkejut melihat keychain tersebut.

" Aku pun tak tau siapa bagi. Masa sekolah rendah dulu, ada orang letak atas meja aku sempena hari lahir aku. Walaupun tak seberapa, tapi aku sayang sangat keychain ni. Sampai sekarang aku tak tahu siapa yang bagi walaupun dia dah selitkan sebuah kad." cerita aku dengan gembira.

Jinyoung tersenyum lebar mendengar penjelasanku.

" Asal kau senyum? Suka hati akulah! Nak kutuk, kutuklah depan-depan. "

" Tak ada apa-apa. Jomlah, aku tumpangkan kau sampai rumah." jemput Jinyoung.

Aku hanya mengangguk setuju.

Hujan yang turun semakin lebat. Titis-titis hujan membasahi tubuhku. Secara spontan, Jinyoung menarik bahuku supaya rapat dengannya.

" Sini sikit, kau tu dah basah lencun. Nanti kita berhenti dekat mana-mana untuk tunggu hujan berhenti." Jinyoung.

Mulutku seolah-olah terkunci dengan perilaku Jinyoung. Sepanjang perjalanan, aku hanya mendiamkan diri.

Tiba di sebuah perhentian bas, aku dan Jinyoung duduk di situ sementara menunggu hujan reda. Sekali lagi, reaksi Jinyoung membuatkan aku terpana. Dia membuka kot bajunya lalu dihulurkan kepadaku.

" Tak payah baik sangat, boleh tak? " pintaku, serius. Namun tidak diendahkannya. Dia memakaikan aku kotnya di bahuku tanpa sebarang kata.

" Gomawo. [terimakasih] " itu sahaja ayat yang mampu aku luahkan. 

Kami sama-sama menunggu hujan reda. Selepas itu, kami berpisah mengikut laluan ke rumah masing-masing. Degupan jantungku begitu laju apabila bersamanya. Adakah ini namanya cinta? Namun, apa yang pasti hati aku cukup gembira pada waktu itu.







5 Oktober

Keputusan peperiksaan akan diumumkan tak lama lagi. Segala amalan dan ilmu turun-temurun daripada Jinyoung, telah aku keluarkan semuanya. Aku hanya menunggu keputusan keluar. Tetapi semenjak dua menjak ini, aku jarang bertemu dengan Jinyoung. Aku sendiri tidak tahu. Kenapa agaknya?





12 Oktober

Aku melompat-lompat kegembiraan. Terasa mahu menjerit sepenuh hati. Aku seakan-akan tidak percaya dengan keputusan peperiksaan yang diumumkan. Aku...aku... LULUS! Matematik aku lulus walaupun 56 markah! Aku gembira kerana selama ini aku tidak pernah lulus! 

Dalam fikiranku sekarang hanyalah seseorang, Jinyoung. Mana dia? Aku terlihat dia berada di belang sekali, sambil menunjukkan 'thumbs up' kepada aku. Aku membalsnya dengan senyuman. Setelah habis sekolah, aku meluru ke arahnya.

" Jinyoung, ah! Gomawo. Pasal kau, aku dah boleh lulus! Terima kasih, Jinyoung! " tanpa aku sedari aku tercium pipi kanannya.

Muka Jinyoung selamba, tapi muka aku yang merah menahan malu akibat perbuatan diluar jangkaan itu.

" Mianei, Jinyoung. Saya tak sengaja...and thanks!" dengan cepat aku pun beredar dari situ. Namun, pergelangan tanganku dipegang olehnya.

" Manusia yang dijodohkan bersama, akan bertemu juga akhirnya...." Jinyoung.

Aku tergamam. Aku seperti kenal benar dengan ayat tersebut. Oh! Baru aku ingat. Itu adalah ayat yang ada dalam kertas bersama dengan keychain handphone aku dulu! Aku betul-betul tak percaya. Takkanlah orang yang hantar benda tu dulu, Jinyoung?

Aku memusingkan badanku dan menatap matanya. Sukar untuk aku percaya, dialah pengirimnya! Patutlah dia tersenyum lebar masa aku beritahu cerita tentang keychain tu.....

" Is that you who give me the key chain?" aku mahukan penjelasan daripada Jinyoung.

" Yes, it's me. Aku fikir kau dah buang, tapi kau masih simpan. Aku tak sangka..." nada Jiyoung sebak.

Aku hanya boleh menitiskan air mata. Orang yang aku cari selama ini, ada di depan mata. Kenapa aku tak boleh nampak semua ini?

" Dega......."

" Saranghaeyo, Yuri ah!" akhirnya kata-kata itu dilafazkan jua.

" Since, the first day i see you, aku dah jatuh cinta dengan kau. Kau ganas, tak macam perempuan lain. Dega, neomu neomu jowahe, Yuri, ah!" Jinyoung.

" Nado.....saranghaeyo Jinyoung ah!" aku mengesat air mata yang mengalir.

" Really? Thanks for loving me, Yuri!" kata Jinyoung lalu memelukku. Suasana petang yang indah itu menjadi saksi aku dan Jinyoung bercinta. Apapun, aku gembira. Akhirnya aku temui cintaku.....


- THE END -



Maaf, kerana cerita tidak menarik dan ringkas. Ini karya pertama saya. Saya adalah Ratu Typo yg banyk buat typo. Sila beli tunjuk ajar kepada saya. Do comment. Thanks :)